Jimmy Shanley Bagi Hint Bakal Timang Cahaya Mata Kedua?

Setiap pasangan pasti mendambakan untuk mempunyai cahaya mata dan rasanya memang tahun 2014 ni membawa tuah dan rezeki kepada kebanyakan selebriti di Malaysia kan?


Jimmy Shanley Bagi Hint Bakal Timang Cahaya Mata Kedua?, info, terkini ,hiburan, sensasi


Jika beberapa hari lalu penyanyi bersuara lantang, Nurul menghebahkan bahawa dirinya bakal menimang cahaya mata ketiga, kali ini Jimmy Shanley juga bagaikan memberi hint yang sama.




Nampaknya niat Jimmy untuk menambah bilangan anak akan termakbul. Almaklumlah, sejak perkahwinan pertamanya kecundang pada 2012 lalu, hidup Jimmy hanya diserikan dengan kehadiran seorang anak perempuan bernama Zahrah Rania sahaja.


Dan sejak menikahi isteri barunya pada bulan Jun lalu, Jimmy pada malam semalam dilihat telah memuat naik sekeping foto katil bayi yang disambungkan dengan katil master. Caption pun macam ‘sesuatu’ je?

Jimmy Shanley Bagi Hint Bakal Timang Cahaya Mata Kedua?, info, terkini ,hiburan, sensasi
Tadaa!! Comel tak katil bayi ni



Ha… dalam foto tersebut, ramai juga yang memberi ucapan tahniah buat penyampai radio itu. Mereka nampaknya lebih daripada teruja bila melihat foto katil bayi itu.



Jadi, kami pun tak nak ketinggalan mahu menjadi orang terawal yang mengucapkan tahniah buat pasangan ini jika benar isterinya sedang hamil. Semoga sentiasa sihat dan selamat melahirkan bayi yang comel!

Baca : Gambar Suami Jaclyn Victor

Sumber : ohbulan.com


0 Response to "Jimmy Shanley Bagi Hint Bakal Timang Cahaya Mata Kedua?"

Post a Comment