Pelakon Akui Ditahan Polis Di Kelab Malam

Pelakon, Along Eyzendy akui ditahan polis di kelab malam pada April lalu. Namun Along Eyzendy tampil membersihkan namanya dan mendedahkan perkara sebenar apa yang berlaku di kelab malam itu.


Pelakon Akui Ditahan Polis Di Kelab Malam , info, terkini, pelakon, hiburan, sensasi,

Along Eyzendy banyak tampil sebagai pelakon pembantu seperti di dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, Longkai, Legenda Budak Hostel, Karak dan banyak lagi.




Ini penjelasan Along kepada mStar:

 "Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.

 "Bila berlaku serbuan pada malam itu, saya turut ditahan bersama pengunjung kelab malam yang lain dan sampel air kencing kami diambil bagi memastikan sama ada terdapat atau tidak dadah dalam badan. Alhamdulillah saya lepas dengan dua ujian yang dilakukan,"

"Keluarga mana yang tidak marah jika perkara tersebut terjadi kepada ahli keluarga mereka. Saya sudah beritahu apa yang berlaku pada malam itu.

"Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya dan lumrah kehidupan sebagai artis yang mudah terdedah dengan berita negatif,"


Pelakon Akui Ditahan Polis Di Kelab Malam , info, terkini, pelakon, hiburan, sensasi,

Pelakon Akui Ditahan Polis Di Kelab Malam , info, terkini, pelakon, hiburan, sensasi,



Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

0 Response to "Pelakon Akui Ditahan Polis Di Kelab Malam "

Post a Comment