Siti Saleha Pergi Portugal Untuk Jumpa Bakal Mentua?

Alangkah beruntungnya jika memiliki duit yang banyak kan. Bila rasa nak pergi bercuti, terus book tiket flight dan packing baju saja. Tak perlu nak risau soal kewangan atau menunggu promosi tiket penerbangan murah.


Siti Saleha Pergi Portugal Untuk Jumpa Bakal Mentua?, info, terkini, sensasi, gosip, hiburan,

Begitulah keadaan artis di Malaysia ini. Asal ada kelapangan, kebanyakan mereka pasti sudah terbang ke oversea kan. Tak kiralah seorang diri mahupun berteman.




Ketepikan dahulu isu berkenaan pakaiannya yang dikatakan agak ‘seksi’, ada juga ura-ura yang mendakwa bahawa Siti Saleha ke Portugal untuk berjumpa bakal mentuanya.

Peminat pula lebih excited melihat foto percutian Siti Saleha ya?

Sememangnya gadis ini akan bersikap lebih ‘tertutup’ mengenai hubungan cintanya. Apa yang kami tahu, gadis ini memang lagi prefer jejaka kacukan. Malah, menerusi beberapa portal hiburan, dia juga kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan jejaka berasal dari Portugal.


Siti Saleha Pergi Portugal Untuk Jumpa Bakal Mentua?, info, terkini, sensasi, gosip, hiburan,

Dek kerana itu, makan timbullah desas-desus bahawa pelakon cantik itu bukan sahaja ke Portugal untuk bercuti, malah untuk bertemu dengan bakal mentua. Bak kata pepatah ‘sambil menyelam minum air’.


Siti Saleha Pergi Portugal Untuk Jumpa Bakal Mentua?, info, terkini, sensasi, gosip, hiburan,

Bagaimanapun, menerusi foto-foto yang dimuat naik di laman Instagramnya, tiada pula foto bersama sang kekasih ataupun dengan keluarga mentua. Yeah. Mungkin Siti Saleha mahu kisah cintanya menjadi lebih eksklusif.



Apapun, kami turut tumpang gembira jika benar Siti Saleha ke sana untuk berjumpa bakal mentua. Tak salah nak kenal-mengenal sebelum menjalin hubungan yang sah kan?







Sumber : ohbulan.com

0 Response to "Siti Saleha Pergi Portugal Untuk Jumpa Bakal Mentua?"

Post a Comment