Berita Menarik Ini Hari (07/01/2012)

Bakar Bersama Gitar Kesayangan
sumber : Sinar Harian

"Mati Bersama Gitar Kesayangan"

KUANTAN - Seorang lelaki yang ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan menyedut gas helium (gas belon) dalam sebuah resort di sini sempat meninggalkan nota kepada keluarga meminta supaya mayatnya dibakar bersama gitar kesayangan manakala abunya ditabur ke laut di Pantai Timur.

Dia yang dipercayai tertekan dengan masalah kehidupan turut meninggalkan sekeping nota ringkas yang tertera beberapa maklumat termasuk nombor telefon kedua-ibu bapanya, punca kematian dan kereta jenis Toyota Vios hitam yang diletakkan di tepi resort terbabit

Nota dalam Bahasa Inggeris yang ditinggalkan mangsa yang berusia 28 tahun dari Kuala Lumpur itu turut menyebut dia sudah letih dengan masalah yang dilalui dan mahu berehat dengan aman di sini.


terkejut dan sedih jugak..
harap2 kita dapat tau apa masalah yg beliau hadapi kelak ..
Rest In Peace Bro.

0 Response to "Berita Menarik Ini Hari (07/01/2012)"

Post a Comment