Nasi Kambing Dan Anak Yatim

sedar tak sedar sudah sampai syawal ke -19 harini..
masih ada lg ker sesi beraya nie?

Rumah Puteri Anak Yatim Baitul Husna Bukit Sekilau,Kuantan,Pahang  | Foto : Facebook Azian Ali

Semalam shark bersama rakan rakan  Persatuan Jurufoto Kuantan (PJK) telah menyambut syawal bersama anak-anak yatim di Baitul Husna , Kuantan.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

Pasangan Kembar , 7 tahun menarik perhatian kami semalam | foto : facebook Fikri Amin

di Baitul Husna ni semuanyer penghuni wanita,
ada lebih kurang 20 penghuni semuanya,
terdiri daripada sekolah rendah hingga menengah,

Menu Special Nasi Kambing | Foto : facebook Syed Azimal

pelbagai menu juadah untuk mereka semalam..
  • cendol
  • aiskrim
  • durian
  • kek
  • Nasi kambing

mereka gembira dapat makan durian | foto : facebook Fikri Amin

Alhamdulillah kali ni rezeki mereka murah..
ramai juga individu yang bagi sumbangan,
daripada makanan,duit raya hingga ke set televisyen.

yang penting semalam kami berpuas hati melihat senyuman mereka,
Lihat saja gambar sesi makan durian bersama mereka diatas,
mereka semua memang hantu durian rupanyer,
memang puas hati tengok diorang makan semalam.

kemungkinan shark dan rakan-rakan akan kembali ke sini..
kali ni untuk sesi gotong royong,
semalam ada perasan beberapa tempat yang perlu dibaiki,
harap akan terlaksana nanti.



0 Response to "Nasi Kambing Dan Anak Yatim"

Post a Comment