Drama Pertama Novelis Ramlee Awang Murshid

Drama yang diadaptasi dari novel sudah menjadi trending sekarang,
satu-satunya drama yang shark layan ialah - Bukan Kerana Aku Tak Cinta
satu episod pun belum miss lagi nie..hehehe..
memang jarang shark nak melekat  depan TV layan drama.
hanya drama ni sahaja yang menarik minat shark.
yang lain so-so sahaja.

sedar tak sedar kesemua drama novel ni hampir sama jalan cerita,
semuanya berkisar tentang cinta,
asyik-asyik cinta dengan orang ketiga,
asyik-asyik hubungan tak direstui,
asyik-asyik tunjuk kekayaan,
asyik-asyik gadis pilihan orang miskin,
naik muak jugak duk tengok.

antara koleksi novel RAM  | sumber : KELABRAM

agak-agak bila pula nak tengok drama daripada novelis Ramlee Awang Murshid (RAM),
tiada lagi ke pengarah yang berani buat pembaharuan,
sekali sekala ubah sedikit genre drama apa salahnya,
tambahan pula novel RAM ni merupakan novel thriller nombor 1 kat Malaysia,
memang rugi ler kalau tak ambil peluang.

shark yakin,
bila keluar jer satu drama RAM nie,
memang ramai ler pengarah terkejar-kejar hasil novelis RAM nie,
tunggu dan lihat  pengarah mana yang berani ambil kraya RAM untuk diajadikan drama buat pertama kali..

untuk mengenali lebih dekat novelis RAM boleh rujuk :
Facebook Ramlee Awang Murshid (RAMFC)
KelabRAM
pelbagai aktiviti yang dianjurkan dibawah naungan kelab RAM nie,
memang rugi  tak join khususnya bagi kaki novel.


0 Response to "Drama Pertama Novelis Ramlee Awang Murshid"

Post a Comment