Kecoh Lagi Stadium Darul Makmur

Besok dengan rasminya Liga bolasepak Malaysia bermula,
setelah beberapa bulan berehat,
kini setiap pasukan sudah bersedia untuk beraksi di musim 2014,

besok merupakan perlawanan pembukaan untuk Liga Malaysia 2014,
sudah pastinya setiap tahun liga Malaysia bermula dengan Piala Sumbangsih,
Piala ini akan menemukan Juara Liga Super 2013 dan Juara Piala Malaysia 2013,
Juara Liga Super 2013 - Singapura
Juara Piala malaysia 2013 - Pahang
Perlawanan besok akan diadakan di Stadium Darul Makmur,Kuantan.

Seperti biasa,
Hari pembelian tiket di Stadium Darul makmur kecoh,
bermula jam 9 pagi lagi orang ramai mula beratur,
keadaan mula sesak kerana hanya 2 kaunter sahaja dibuka,

Piala Sumbangsih 2014
Harga Tiket Piala Sumbangsih 2014  | sumber : Page Kuantan
piala sumbangsih 2014
Orang ramai mula beratur  | sumber : Page Kuantan
piala sumbangsih 2014
Keadaan di hadapan Kaunter tiket  | sumber : Tuan Bazaie
piala sumbangsih 2014
keadaan dari dalam kaunter tiket  | sumber : Tuan Bazaie

Pihak Stadium masih lagi tidak belajar daripada kesilapan lalu,
berikut koleksi entry shark mengenai pembelian tiket di Stadium Darul Makmur.
Suasana sekitar Perlawanan Akhir Piala Malaysia
Suasana sekitar Separuh Akhir Piala Malaysia
Stadium agak besar tapi hanya 2 kaunter dibuka.

shark pula seperti biasa akan menonton dari rumah,
keadaan begini memang buat mood hilang nak beratur beli tiket,
semestinya perlawanan tumpuan akan meriah dengan orang ramai,
keadaan di pintu masuk pasti akan sesak dan kena beratur awal,
satu lagi alasan kenapa shark tidak ke stadium.

Kepada peminat bolasepak jangan lepaskan peluang menonton secara LIVE,
Perlawan Piala Sumbangsih 2014
Pahang Lawan Singapura
Bermula Jam 8.30 malam di saluran Astro Arena dan TV1

Sokong Skuad Tok Gajah.
Hogoh Pahang Hogoh.



0 Response to "Kecoh Lagi Stadium Darul Makmur"

Post a Comment