Demam SBB2014

tinggal seminggu sahaja lagi event yang dinantikan,
Majlis Sepetang Bersama Blogger pada 8 Mac makin terasa,

respect dan kredit shark berikan kepada team Denaihati,
begitu banyak peluang hadiah diberikan untuk para peserta nanti,

majlis sepetang bersama blogger
Antara hadiah yang bakal dimiliki para peserta di SBB2014
majlis sepetang bersama blogger
Ephyra selaku  penaja bersama SBB2014

seminggu sahaja lagi tapi shark masih belum buat persiapan,
hanya membawa diri sahaja nanti,
mengharap tuah untuk cabutan bertuah dan menang contest sempena SBB2014.

hari ini operasi mencari hotel untuk meginap nanti,
disebabkan majlis pada hari sabtu,
shark akan ke KL pada hari jumaat dengan bas,
akan bercuti di KL selama 3 hari 2 malam hanya untuk SBB 2014.
hari ahad pulang ke Kuantan semula.

pilihan hotel dekat monorail
pilihan hotel dari Hentian Pekeliling dan Majlis SBB2014 di sepanjang laluan monorail

nasib baik ada Google Map,
senang nak cari hotel mengikut pilihan,

planning nak menginap hotel berdekatan dengan stesen Monorail sahaja,
dan mungkin akan mencari dari Hentian Pekeliling sehingga Monorail Bukit Nanas-tempat majlis SBB2014,
malas nak masuk kawasan tengah bandar sebab hari minggu semestinya penuh sesak orang menggunakan Monorail.
nasib baik juga majlis tak jatuh pada musim cuti sekolah,
tak perlu risau pasal hotel penuh

Mood cuti pun dah ada,
Mood nak jumpa rakan blogger pun dh ada,
harap- harap semua berjalan lancar nanti.


0 Response to "Demam SBB2014 "

Post a Comment