Tak Kenal Maka Tak Cinta Dunia Blog

Hidup Untuk Memberi
itulah prinsip hidup yang dipegang oleh Founder Denaihati.com,saudara Mohd Ilham @ Amir dalam menempuh kehidupan seharian,
"Kepuasan dalam diri sendiri bila dapat melihat kegembiraan pada wajah penerima terutama yang telah berusaha siang dan malam untuk mendapat apa yang diimpikan"
-mohd ilham @ amir
-Founder Denaihati.com
dengan berbekalkan prinsip itu jugalah,ilmu yang diterimanya telah telah dicurahkan kepada blogger-blogger bagi memastikan dunia blogging di Malaysia terus berkembang dan berada di tahap sekarang,

pada 8 Mac 2014,telah menjadi sejarah dalam dunia blogging Malaysia apabila berjaya mengumpul seramai 350 penulis blogger di Sepetang Bersama Blogger 2014.

jika bukan kerana anjuran Denaihati,majlis SBB2014 tidak akan berjaya.

Siapa Denaihati?
jika sudah berkecimpung dalam dunia blogging,anda seharusnya tahu siapa Denaihati.
blog denaihati adalah antara TOP 10 Blog Malaysia mengikut Alexa Ranking.
berikut adalah pencapaian terbaik bagi blog Denaihati.
  • MSMW Best Blog Of The Year 2012
  • MSMW Most Creative Blog 2013
  • MYNIC Best Personal Blog 2013
  • MSMW Best Micro Blog 2014
untuk mencapai ke tahap itu,
Denaihati tidak bergerak seorang diri,
nama-nama seperti Kujie2.com , Ariffshah.com , Azmanishak.com , Apesal.com , Sweetkurma.com antara yang turut membantu dalam kejayaan Denaihati.
Turut tidak ketinggalan juga team-team Denaihati yang menjadi tulang belakang dalam kejayaan Blog Denaihati seperti Anarm.net , Eizil.com dan Shakkido.com

Tak Kenal Maka Tak Cinta
bila sudah mula berkecimpung dalam dunia penulisan blog,
kita seharusnya mengenali blogger-blogger yang berjaya menjadikan blog sebagai pendapatan utama mereka,
tak perlu mengenali begitu mendalam perihal peribadi blogger,
cukup sekadar mengenali blog mereka dan cara mereka bekerja,
jika anda sedar dan boleh berfikir seperti mereka,Insyaallah kejayaan dalam dunia blogging anda akan tercapai,
tak kenal blogger maka tak cinta akan dunia blogging,

shark kongsikan antara TOP 7 Best Personal Blog pada Ranking Alexa 30 Disember 2014
itu adalah blogger yang terhebat di mata Alexa Ranking,
shark pasti,
selain mereka diatas,masing-masing sudah ada blog kegemaran sendiri,
cara dan gaya persembahan mereka dalam blog walaupun tidak mendapat tempat di Alexa,
tetapi sudah mendapat tempat di hati pembaca.

shark kongsikan antara blog-blog yang sering disebut dalam Buku Denaihati
itu adalah sebilangan blog-blog yang yang perlu dijadikan contoh untuk berjaya dalam dunia blogging,
jika nama mereka boleh berada diatas,
mengapa tidak kita,

mungkin ada antara nama blog yang shark tertinggal,
itulah antara sikap manusia yang tidak sempurna,
jika anda ingin mengetahu siapa lagi yang berjaya dalam dunia blog,
shark sarankan agar dapatkan buku dari Denaihati ini  di Kedai Denaihati Online.
ilmu,pengalaman penulis,gambaran penulis dalam dunia blog semua terdapat didalam buku ini,

mengakhiri entry kali ini,
sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Bro Jejai yang telah pergi meninggalkan keluarga dan rakan-rakan blogger pada 12 Febuari 2013.
AL-FATIHAH.


#prayformh370
#doauntukmh370
#boycottcnn


0 Response to "Tak Kenal Maka Tak Cinta Dunia Blog"

Post a Comment