Let It Go - Lagu Berhantu Dalam 25 Versi Bahasa.

Let It Go - sebuah lagu original soundtrack dari filem animasi Frozen,
Ost Frozen - Let it Go
Animasi Frozen - animasi terbaru dari Disney
bukan nak cerita pasal movie,
tapi nak cerita perihal OST Frozen - Let it go.
dikatakan lagu ini telah mendapat sambutan yang begitu menakjubkan,
8 minggu berada di tempat pertama dalam carta Billboard - sumber Billboard

Let It Go ini terdapat dalam 2 versi dan dinyanyikan oleh 2 penyanyi berlainan,
Versi pertama (original) dinyanyikan oleh Idina Menzel dalam animasi Frozen tersebut.
Versi kedua pula dinyanyikan oleh Demi Lovato untuk single terbarunya.

Baru-baru ini Disney telah mengeluarkan lagu Let It Go ini untuk versi antarabangsa,
lagu ini telah dialihkan dalam versi 25 bahasa dalam 1 lagu.
dan Bahasa Melayu juga turut diselitkan antara 25 bahasa itu.
Marsha Milan Londoh telah mewakilil Malaysia untuk menyanyikan dalam versi bahasa melayu.
shark kongsikan bersama klip video Let It Go dalam 25 bahasa.
(marsha muncul pada minit 2:46)


memang menarik.
lagu ini memang sudah menjadi antara lagu faveret shark,
animasinya sahaja shark masih belum sempat menonton..
tengok iklan Adik Mia Sara di Astro dalam promosi animasi Frozen semalam,
begitu cantik Mia dengan pakaian Princess Elsa tu.
Boleh melanggan Astro Best (chanel 481) untuk menonton animasi terbaik ini - sumber Astro

mia jadi princess Elsa dalam Frozen
Mia dalam promoso animasi Frozen untuk Astro Best  |  sumber : Fanpage FB MiaSara
yang sudah menonton mungkin boleh berikan sedikit review perihal filem ini,
difahamkan  animasi ini juga telah memecahkan beberapa rekod dalam sejarah Disney,
memang satu kerugian juga kalau tidak menonton animasi Frozen ini.

#prayformh370
#doauntukmh370

0 Response to "Let It Go - Lagu Berhantu Dalam 25 Versi Bahasa."

Post a Comment