masing-masing dah tahu jawapan matematik diatas kan,
jawapan yang sama tetap akan kita dapat walaupun tempat ditukar.
bukan nak cerita pasal matematik dan juga nombor mahupun sifir.
nak bercerita pasal sikap manusia yang 2 x 5.
Kes Karpal Singh Kemalangan
Mendiang Karpal Singh 1940 - 2014 |
dan apabila membabitkan orang kenamaan,
maka perang di facebook dan twitter bermula,
puak A mula membuat spekulasi sendiri,fakta sendiri,dan takdir sendiri,
manakala Puak B mula mencaci perbuatan puak A,
puak B iktiraf puak A sebagai puak tidak bertamadun.
perang yang tiada kesudahan.
cuba terbalikkan situasi dan tengok apa jadi pada puak A dan B.
sama sahaja perangai masing-masing
Kes Tudung Fareeda Tiruan
isu tiru patern tudung fareeda |
isu yang dihebohkan adalah tiru rekaan tudung.
situasi yang hampir sama dan puak yang sama.
bila pihak A dituduh dan dikenakan tindakan,
maka bermulalah perang dengan hukum agama,
kecoh sana-sini,membuat cerita sendiri,
bak kata denaihati "ada juga yang suka ikut-ikut,orang kutuk kita pun nak kutuk" ,
tidak dinafikan pihak A ada hak bersuara
dan ada betulnya kata ramai orang mengenai fesyen pihak B,
tidak menepati aurat dalam islam.
bila difikirkan balik,
isu yang dimainkan adalah tiru rekaan tudung.
kenapa pihak A perlu tiru rekaan tudung pihak B?
fesyen? keuntungan?
dan kenapa produk pihak A turut mendapat sambutan?
harga?
kalau dan nama pun tiru semestinya rekaan tudung sama dengan Pihak A bukan.
tidak menepati jugak aurat dalam islam.
kalau pihak A cuba membuat pembaharuan yang lebih baik dari fesyen pihak B.
rasanya isu ini tidak akan timbul.
kesimpulan pihak A dan B jual tudung yang sama.
jual tudung yang tidak menepati aurat dalam islam.
dan pembeli pihak A juga membeli tudung yang sama.
lepas tu mula bising-bising perihal harga dalam laman sosial,
itulah manusia 2 x 5.
harap-harap shark dijauhkan dengan sikap begini.
begitu juga dengan rakan yang lain.
sama-sama perbaiki diri sendiri.
#prayformh370
#doauntukmh370
0 Response to "Manusia 2 X 5"
Post a Comment