Pertandingan Ratu Cantik Pondan Di KL

Bagaimana satu pertandingan ratu cantik pondan yang disertai dan diadili oleh orang Islam boleh diadakan di ibunegara?
Sedangkan kita tahu bahawa sejak beberapa tahun lalu, umat Islam dilarang untuk menyertai sebarang pertandingan ratu cantik.
2
Malah rakyat Malaysia sendiri masih belum terbuka sepenuhnya apabila berbicara mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sehingga menyebabkan banyak penganjuran forum-forum bersifat akademik berhubung isu berkenaan dibatalkan atau diharamkan oleh kerajaan.


2
Jadi, bagaimana pula sebuah pertandingan  yang melibatkan golongan tersebut boleh terlepas begitu sahaja tanpa diambil tindakan mahupun dihalang oleh pihak berkuasa?
Semalam, pertandingan ratu cantik bagi pondan-pondan bersaiz besar atau lebih dikenali sebagai Miss Jumbo telah diadakan di sebuah hotel di Jalan Ampang.
Apa yang mengejutkan, pertandingan yang menampilkan lelaki-lelaki berpakaian wanita itu telah diadili oleh tiga artis terkenal.
Selebriti tersebut juga melalui beberapa posting di Instagram turut berkongsi kemeriahan pertandingan yang diadakan dengan penuh glamor dan gilang-gemilang itu.
Kami difahamkan, pertandingan tersebut  banyak disertai oleh jurumekap-jurumekap artis terkenal.
Laporan asal: Malaysia Gazette

0 Response to "Pertandingan Ratu Cantik Pondan Di KL"

Post a Comment