Aaron Aziz Beli Seekor Ikan Berharga RM1,429.40?


AGAK lucu gambar dan ‘caption’ yang dimuatnaik oleh pelakon Aaron Aziz menerusi akaun Instagramnya, dua hari lalu.

Katanya, isterinya, Diyana Halik meminta dia membuat pilihan sama ada untuk membelikan beg duit baru atau seekor ikan.

Aaron kemudiannya memilih ikan, namun terkejut melihat harganya mencecah sehingga RM1,429.40.

Aaron Aziz Beli Seekor Ikan Berharga RM1,429.40?
Aaron Aziz Beli Seekor Ikan Berharga RM1,429.40?

Fuh, entah spesis ikan apa yang mahal sungguh ini!

Menurut Aaron lagi, dia akhirnya membuat keputusan untuk tidak membeli kedua-duanya, sebaliknya hanya ikan terubuk sahaja.

Rasanya, dengan harga semahal itu, mungkin anda boleh membeli beratus-ratus ekor ikan lain di pasar… - MYNEWSHUB.MY

0 Response to "Aaron Aziz Beli Seekor Ikan Berharga RM1,429.40?"

Post a Comment