Dimana iklan Puasa ?

sudah masuk minggu kedua dalam bulan Jun,
dalam masa 2 minggu lagi dah sampai bulan Ramadhan,
semalam bermula sudah Piala Dunia 2014,
kenapa Piala Dunia terasa lagi hebat suasana berbanding bulan Ramadhan,
kenapa suasana Ramadhan masih tidak terasa.?

Iklan Puasa daripada Maxis Tahun 2013

sebulan sebelum bermula Piala Dunia,
pengiklanan dan promosi telah bermula,
dada-dada akhbar sudah penuh dengan promosi Piala Dunia,
pengiklanan di TV pula memang rancak,
banner-banner di bandar mula rancak dipasang,

bagaimana promosi iklan untuk bulan Ramadhan?
boleh dibilang dengan jari walaupun hanya berbaki 2 minggu,
paling ketara ialah iklan Yusoff Taiyub,
itu pun iklan yang sama setiap tahun,
dimana iklan Petronas,TNB,PROTON,MAXIS,HOTLINK,DIGI,dan yang lain.

iklan puasa
iklan yusof taiyub tanda bermula bulan Ramadhan
kemana hilang idea dan kreativiti pembikin iklan?
takkan hanya muncul ketika aidilfitri sahaja,
padahal kemeriahan raya hanya sekejap berbanding puasa,
kalau ada kontroversi politik cepat pula idea dan konsep iklan yang dibuat,

isu ini akan sentiasa timbul jika tiada perubahan.
mungkin ada iklan berkenaan sambutan bulan puasa yang dibuat,
tapi sayang hanya popular dan disiarkan di rangkaian internet.

diharapakan ada perubahan akan datang.
kita tunggu siapa yang berani mengeluarkan iklan sambutan bulan ramadhan kelak.

#Prayformh370
#doauntukmh370

0 Response to "Dimana iklan Puasa ?"

Post a Comment