Duit Sejuta Dollar Habis Hanya Dalam Tempoh 2 Tahun!



Berikutan kematian suaminya ketika sedang bekerja dua tahun lalu, seorang wanita, Pusparani Mohan, 34, telah menerima pampasan daripada majikan suaminya serta wang insurans yang secara keseluruhannya berjumlah hampir USD 1 juta (RM3.2 juta).


Namun, apa yang dikesalkannya kini wang pampasan tersebut sudah habis dibelanjakan hanya dalam tempoh masa selama dua tahun sahaja.


Sehubungan itu, Pusparani kini sedang dalam usaha untuk mencari pekerjaan semula demi menyara kehidupannya dan empat cahaya mata yang kini menetap di Skudai, Johor.


Selepas mendapat pampasan tersebut, Pusparani telah berhenti kerja sebagai tukang cuci di Lapangan Terbang Changi, Singapura, di mana mendiang suaminya, Chandra Mogan Panjanathan juga bekerja di situ sebelum ini.


“Saya telah melakukan kesilapan. Orang tahu saya banyak duit ketika itu dan ramai datang kepada saya pada masa itu. Sepanjang masa itu, saya tidak membeli rumah dan menghabiskan wang untuk kegunaan anak saya dan ianya merupakan satu tindakan yang kurang bijak,” katanya memetik The Sunday Times.

Menurut Pusparani, dia memberikan sedikit wang pampasan tersebut kepada keluarga terdekatnya yang tinggal di Kedah dan selebihnya menggunakannya dengan bercuti di Genting Highlands bersama keluarga.


Selain itu, dia juga mengeluarkan USD400 ribu (RM1.2 juta) untuk membantu perniagaan pengangkutan yang dijalankan oleh abangnya. Namun perniagaan tersebut akhirnya melingkup dalam masa empat bulan.


Demi menampung kehidupan mereka sekeluarga, Pusparani kini bekerja sebagai kerani akaun di Johor Bahru dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan.


Pusparani juga menyewa sebuah rumah teres dua tingkat yang mana sewanya dibayar oleh majikannya yang bersimpati dengan nasibnya.


Mereka lima sekeluarga tidur di atas dua tilam lama sementara dilonggokan di lantai bilik kerana tidak mampu membeli almari untuk menyimpan kesemua pakaian-pakaian tersebut.


Pusparani juga terfikir untuk kembali bekerja di Singapura kerana berasakan gajinya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka anak beranak. – MYNEWSHUB.MY

0 Response to "Duit Sejuta Dollar Habis Hanya Dalam Tempoh 2 Tahun!"

Post a Comment