GAMBAR: Jimmy Shanley Pilih Gadis, Bukan Janda


Tahniah diucapkan kepada pengacara dan penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley kerana selamat mengakhiri zaman dudanya petang semalam.
4
Jimmy memilih gadis bernama Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, yang merupakan ahli perniagaan sekaligus menamatkan spekulasi yang selama ini mengaitkan dirinya dmempunyai hubungan dengan wanita berstatus janda.
3
Majlis pernikahan berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam dengan dihadiri anggota keluarga dan rakan terapat sahaja.
2
Jimmy pernah berkahwin dengan anak pengasas produk Natasha, Nursuhaila Eliani Suhaimy 1 Oktober 2010 namun bercerai pada 11 Oktober 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak, Zahrah Rania Shanley yang kini berusia tiga tahun.
Tahniah diucapkan kepada Jimmy, diharapkan perkahwinan ini dapat mengakhiri episod duka hidupnya.
- MYNEWSHUB.MY

0 Response to "GAMBAR: Jimmy Shanley Pilih Gadis, Bukan Janda"

Post a Comment