Polis Temui Mayat Lelaki Dengan Kemaluan Masih Tegang
Pihak polis Indonesia menemui mayat seorang lelaki tanpa identiti di Kali Pesanggrahan, Kembangan, Jakarta Barat.
Menurut saksi di lokasi, Suparno, mayat itu sudah pun memperlihatkan tanda-tanda mereput.
“Keadaannya sudah hitam dan kelaminnya tadi saya lihat masih berdiri. Kalau ada luka-luka di badan saya tidak nampak kerana keadaan badannya yang sudah hitam,” katanya ketika ditemui pihak media Indonesia di lokasi kejadian semalam.
Menurut Suparno, dia telah beberapa hari mengidu bau busuk dan telah bersama beberapa orang yang lain mencari punca bau berkenaan.
Mayat itu ditemui memakai seluar pendek berwarna hitam tanpa baju dan di celah ribunan pokok buluh.
Ia telah dibawa ke Hospital Cipto Mangungkusumo, Jakarta Pusat untuk bedah siasat. -MYNEWSHUB
(Rujukan: okezone.com)
0 Response to "Polis Temui Mayat Lelaki Dengan Kemaluan Masih Tegang"
Post a Comment