Preview Buffet Ramadhan Vistana Hotel Kuantan

Buffet Ramadhan Vistana Hotel Kuantan kembali lagi.
pada tahun ini Vistana Hotel memperkenalkan Menu 101 Resepi Tok Wan.
shark telah dijemput untuk sesi preview pada 3 Jun yang lepas.
shark kongsikan sedikit info dan suasana di sekitar Buffet Ramadhan nanti.
buffet ramadhan hotel vistana kuantan
Vistana Hotel Kuantan
sebaik sahaja melangkah masuk ke ruangan Ballroom Vistana,
pelbagai kaunter disediakan untuk pilihan juadah berbuka,
daripada lauk pauk , pilihan mee , murtabak dan roti canai untuk dinikmati.
buffet ramadhan hotel vistana kuantan
kaunter menu untuk pilihan berbuka sebaik sahaja melangkah masuk
Menu 101 Resepi Tok Wan memperkenalkan masakan tradisional,
Tok Wan di Pahang dikenali sebagai nenek,
sebut sahaja nenek sudah pasti kita teringat masakan di kampung .
ulam-ulaman , sambal , dan juadah yang penuh dengan rempah dan herba,
siapa boleh tolak masakan Tok Wan.
itu lah yang cuba diketengahkan oleh Vistana Hotel Kuantan,

shark kongsikan sedikit antara menu dan lauk pauk yang akan disajikan
  • kerabu jantung pisang
  • Ayam panggang Sos Percik Kelantan
  • Sotong goreng Cili Kering
  • Keledek Masak Lemak
  • Asam Pedas Ikan Patin
  • Dagin Gulai Kawah
  • Kari Kering Daging
buffet ramadhan hotel vistana kuantan
menu santapan berbuka puasa
buffet ramadhan hotel vistana kuantan
gulai kawah dan rojak buah menjadi pilihan
tidak sah menu untuk berbuka kalau tiada kuih muih tradisi Malaysia,
Vistana Hotel Kuantan juga turut menyediakan pelbagai aneka kuih muih tradisional.
kesemua pilihan kuih dan pencuci mulut akan disajikan di dalam dewan makan

Ruangan Dewan Makan cukup sempurna,
dewan yang luas dan bersih cukup untuk menikmati juadah berbuka bersama keluarga dan rakan,

di bahagian pentas akan disediakan kaunter untuk kuih muih dan pencuci mulut,
disini terdapat pelbagai menu kuih,pencuci mulut,aiskrim disediakan,
sudah semestinya kaunter ini akan menjadi pilihan kanak-kanak.
buffet ramadhan hotel vistana kuantan
ruangan dewan makan dan kuih muih / desert
buffet ramadhan hotel vistana kuantan
antara menu pencuci mulut
untuk sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi pihak Vistana Hotel Kuantan
Tempahan Buffet Vistana Hotel Kuantan : 09-517 8000
tempahan untuk Buffet Ramdahan Vistana Hotel bermula 29 Jun 2014
harga pula bermula dari RM48 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.

kepada orang kuantan jangan lepaskan peluang,
pelbagai menu disediakan sepanjang bulan Ramadhan,
dan sudah pasti layanan terbaik diberikan oleh pihak Vistana Hotel Kuantan
layarai VistanaHotels.com dan Facebook VistanaHotel untuk maklumat lanjut.

#prayformh370
#doauntukmh370

0 Response to "Preview Buffet Ramadhan Vistana Hotel Kuantan"

Post a Comment