Tunggu 100 Hari

hari ini genap 100 hari kehilangan MH370
seperti biasa angka 100 hari menjadi perhatian,

MH370
MH370
pelbagai perbincangan dan bual bicara diatur di siaran televisyen,
pakar-pakar panel dijemput untuk mengulas dan membahas,
membahas fakta kejadian selama 100 hari,
memberi info pencarian 100 hari,

selepas 100 hari  isu ini diperbesarkan balik,
selepas 100 hari  isu ini diutamakan,
kenapa mesti tunggu 100 hari,
apa jadi pada hari ke 42,
apa jadi pada hari ke 60,

kurang bersetuju dengan beberapa rangkaian televisyen yang memperingati kejadian sempena  kehilangan MH370 selepas 100 hari.
menjemput pula panel dan pakar yang entah hujah apa yang dibentangkan,
memberi fakta dan usaha yang sudah diketahui umum,

berdoa dan terus beri harapan setiap hari agar misteri ini dapat dirungkai.

mh370 poster

#prayformh370
#doauntukmh370

0 Response to "Tunggu 100 Hari"

Post a Comment