VIDEO & GAMBAR SAMSENG PECAHKAN CERMIN KERETA ORANG DI TOL KARAK


Tidak diketahui kisah yang sebenarnya. Tetapi menurut perakam video ini beliau telah melanggar tanpa sengaja Myvi putih sebelum Tol Karak.

Maka selepas tol, perakam video ini meminta pemandu Myvi tersebut berhenti untuk berbincang. Tetapi sebaliknya telah berlaku.

Pemandu Myvi putih tadi turun dan meluru terus memaki hamun perakam video ini serta memecahkan cermin tingkap sebelah pemandu. Kejadian menyebabkan si isteri dan anak menangis ketakutan di belakang.

Jari isteri perakam video ini juga turut tercedera dan berdarah. Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, si isteri cuba memujuk suaminya untuk beredar dan membuat laporan di balai polis berdekatan.

Pihak polis kini sedang mengesan pemilik kenderaan WSW5028. Kepada sesiapa yang mengenali pemilik kenderaan tersebut diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. - My Media Hub

0 Response to "VIDEO & GAMBAR SAMSENG PECAHKAN CERMIN KERETA ORANG DI TOL KARAK"

Post a Comment