VIDEO: Nekad Bunuh Diri, Lelaki Terjun Feri Tolak Pelampung


Tindakan seorang lelaki cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas dek penumpang Feri Pulau Undan di Pulau Pinang semalam menimbulkan kekecohan.

Dalam kejadian 4.53 petang itu, lelaki dipercayai berbangsa Cina tersebut terjun selepas lima minit feri berlepas.

Apabila tindakannya diketahui kapten feri, pusingan dibuat untuk menyelamatkan lelaki tersebut termasuk membaling pelampung padanya.

Bagaimanapun sebagai mana dapat dilihat dalam video di bawah, lelaki itu nampaknya nekad untuk mengakhiri nyawanya di laut.

Dia tidak mempedulikan laungan dan pelampung yang dilemparkan hinggalah akhirnya tenggelam dan lenyap dari pandangan.

Setakat petang semalam, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi di sekitar lokasi lelaki tersebut terjun dan dilihat buat kali terakhir masih tidak menemukan jasadnya.

- MYNEWSHUB.MY

0 Response to "VIDEO: Nekad Bunuh Diri, Lelaki Terjun Feri Tolak Pelampung"

Post a Comment