2 Maut, 4 Parah Kereta Perisai ATM Terbalik Di Sandakan

2 Maut, 4 Parah Kereta Perisai ATM Terbalik Di Sandakan | Dua anggota tentera maut manakala empat lagi parah selepas sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbalik di Jalan Sungai Tiram, Batu 19, dekat sini, pagi tadi.


2 Maut, 4 Parah Kereta Perisai ATM Terbalik Di Sandakan, terkini, berita, info, kemalangan kereta kebal di sandakan,


Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat yang parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini, untuk rawatan lanjut.




Dua anggota tentera yang maut ialah mohd Hanif Patahur Rahim, 31, dan Ahmad Fikri Mansor, 23.

Mereka bersama anggota yang cedera adalah dari Kem Batu 10 di Kuantan, Pahang yang bertugas di sini mengikut Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai 15 Jun lalu hingga 15 September ini.

Difahamkan, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan selepas menjalankan rondaan keselamatan di sebuah resort di sini. – BH Online

0 Response to "2 Maut, 4 Parah Kereta Perisai ATM Terbalik Di Sandakan"

Post a Comment