Adira AF8 Didakwa Bertudung Sebab Nak Kahwin | Bukan sebab nak kahwin, tetapi tiada alasan tertentu untuk perubahannya itu. Demikian komen Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi mengenai imej terbarunya yang kekal bertudung.
Menurut Naib Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu, hasratnya tersebut lahir dari hati yang ikhlas.
"Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya.
"Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri," katanya yang menafikan ia ada kaitan dengan soal perkahwinan.
Tahniah diucapkan kepada Adira AF8 kerana telah berhijrah kepada imej yang lebih sopan dan diharapkan imej bertudung ini akan kekal.
Sumber : myartis.com
0 Response to "Adira AF8 Didakwa Bertudung Sebab Nak Kahwin"
Post a Comment