Angel Di Maria Bakal Pakai Jersi No. 7 Untuk Man.United

Angel Di Maria Bakal Pakai Jersi No. 7 Untuk Man.United | Bintang Real Madrid, Angel di Maria dilaporkan akan menyertai Manchester United menerusi satu rekod pembelian termahal Britain. Difahamkan, The Red Devils bersedia untuk membayar £60 juta (RM314.31 juta) kepada Real bagi mendapatkan khidmat pemain sayap Argentina itu. Selain itu, United juga dikatakan bersetuju untuk menambah lagi £7 juta (RM36.67 juta) sebagai tambahan kepada urusan jual beli tersebut.

Angel Di Maria Bakal Pakai Jersi No. 7 Untuk Man.United, info, terkini, sukan, Liga Perdana Inggeris, bola sepak,


Sekiranya berjaya, perjanjian itu akan menjadi pembelian termahal Britain mengatasi rekod £50 juta (RM261.93 juta) yang dibayar Chelsea kepada Liverpool untuk mendapatkan Fernando Torres pada Januari 2011 lalu. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara nama besar yang menjadi idaman pengendali United, Louis van Gaal selepas musuh tradisi, Manchester City tidak berminat untuk mendapatkan khidmat Di Maria.

Ketika ini, The Red Devils dikatakan mengadakan rundingan terhadap harga yang diletakkan Real ke atas Di Maria itu. Dalam perkembangan sama, Di Maria juga dikatakan telah memberitahu kenalan rapatnya di Sepanyol bahawa dia bersetuju untuk menerima tawaran gaji sebanyak £180,000 (RM942,942) seminggu daripada United.

Malah, bekas pemain Benfica itu juga mendedahkan akan memakai jersi No. 7 sekiranya bersetuju untuk menyertai skuad berpangkalan di Old Trafford itu. [Kosmo!]

 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Angel Di Maria Bakal Pakai Jersi No. 7 Untuk Man.United"

Post a Comment