Aril desak isteri berhenti jadi pramugari

Dua kejadian tragis yang melibatkan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan MH17 tentunya menjadi mimpi ngeri kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya sekali anak-anak kapal yang bekerja dalam bidang tersebut.


Aril desak isteri berhenti jadi pramugari, info, terkini, sensasi, hiburan,


Berikutan daripada kejadian itu, penyanyi dan juruhebah radio Era FM, Khairil Azam Pilus, 29, atau lebih dikenali sebagai Aril mengambil keputusan untuk mendesak isterinya, Puteri Erma Edlinda untuk berhenti daripada menjadi pramugari bagi pesawat penerbangan Arab, Saudi Arabian Airlines.




Keputusan tersebut telah dipersetujui oleh isterinya. Bagaimanapun, pelantun lagu Menatap Matamu itu terpaksa memberi tempoh sehingga hujung tahun ini kepada Puteri Erma untuk berhenti memandangkan dia enggan memberi tekanan kepada isterinya itu.

Kebetulan bersemuka dengan Aril yang juga masih aktif menyanyi itu pada majlis rumah terbuka Era FM, Kosmo! bertanya dengan lebih lanjut mengenai kerjaya berisiko tinggi isterinya itu


Aril desak isteri berhenti jadi pramugari, info, terkini, sensasi, hiburan,


Kosmo!: Dengan dua insiden pesawat yang meruntun hati rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya, adakah ia sedikit sebanyak menjejaskan emosi anda memandangkan isteri anda, Puteri Ema kini masih bertugas sebagai pramugari?

ARIL: Disebabkan kerisauan tersebut saya telah mengambil keputusan untuk mendesak isteri saya supaya berhenti daripada menjadi pramugari bagi pesawat penerbangan Arab, Saudi Arabian Airlines itu. Bukan sahaja faktor keselamatan tetapi kekangan masa dan perhubungan jauh sedikit sebanyak menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menyuruh dia berhenti sebagai pramugari dan memberi tempoh kepadanya sehingga hujung tahun ini.

Selain faktor kekangan masa dan perhubungan jauh, adakah sebab lain mendorong anda untuk mendesak isteri supaya berhenti menjadi pramugari?

Selain itu, faktor kerenah masyarakat Arab kadang kala menjengkelkan. Malah dia selalu mengadu kepada saya mengenai permasalahan yang dihadapinya ketika bekerja. Saya tidak sanggup dia dilayan seperti itu.



Setelah anda mendesak dia untuk berhenti sehingga hujung tahun ini, bagaimanakah reaksi isteri anda?

Dia sangat sayangkan kerjayanya sebagai seorang pramugari, malah sebelum ini dia pernah berkhidmat di Syarikat Penerbangan Milik Brunei selama tujuh tahun dan di pesawat penerbangan Arab, Saudi Arabian Airlines selama tiga tahun. Menjadi pramugari sudah menjadi darah dagingnya. Bagaimanapun, dia terpaksa akur demi keselamatan dan hubungan kami.

Semasa isteri anda bekerja di Qatar, adakah anda kerap berjumpa dengannya?

Kami jarang sekali berjumpa. Dalam tempoh masa dua bulan kami hanya berjumpa sekali sahaja itupun hanya sekejap memandangkan cuti yang diperolehinya tidak lama. Faktor ini yang sangat menyukarkan kami untuk meluangkan masa bersama. Tambahan pula pada hari raya, dia tetap bekerja seperti biasa.

Selepas dia berhenti, bagaimana pula kalian merancang halu tujunya?

Kami telah berbincang mengenai hal tersebut dan dia telah bersetuju untuk mencari kerja sebagai pelatih pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan di sini. Saya berharap perancangan kami berjalan dengan lancar.

Sesetengah pihak memandang serong kepada kerjaya sebagai seorang pramugari. Apakah pandangan anda sebagai seorang suami kepada pramugari?



Sebenarnya tanggapan mereka salah, menjadi seorang pramugari bukan hanya bekerja sebagai pelayan tetapi pengetahuan mengenai teknikal kapal terbang diambil kira. Saya sangat terkilan apabila sesetengah pihak memandang serong kepada kerjaya sebagai seorang pramugari.

Sumber : kosmo.com.my

0 Response to "Aril desak isteri berhenti jadi pramugari"

Post a Comment