Black Mentor Patah Pergelangan Kaki?

Pergelangan Kaki Patah, Black Rehat 6 Bulan | Pelantun lagu ‘Takkan Terpisah’, Black Hanifah terpaksa melupakan minatnya dalam sukan bola sepak buat sementara waktu apabila doktor mengesahkan pergelangan kaki kanannya patah. Menurut Black, kecederaan yang dialaminya itu mula dirasai sejak dua minggu lepas selepas kakinya terseliuh ketika bermain bola sepak dalam kejadian beberapa minggu lepas.


Black Mentor Patah Pergelangan Kaki?, info, terkini, hiburan, sensasi, artis patah kaki

“Kaki saya terseliuh ketika bermain bola sepak beberapa minggu lepas, namun pada dua minggu lepas, saya dah mula rasa lain di mana kaki saya rasa sakit sangat. Saya berjumpa doktor serta membuat pemeriksaan X-Ray dan doktor mengesahkan pergelangan kaki kanan saya patah,” kongsi Black ketika ditemui selepas sesi rakaman program masakan TV9, ‘Bikin Panas’ pada minggu lalu.

“Doktor beritahu berkemungkinan pergelangan kaki saya ini akan dibedah. Saya risau juga sebab takut kena tahan di wad. Nampaknya selepas ini gian lah saya nak main bola sebab doktor cakap saya perlu berehat daripada bermain bola sepak selama enam bulan,” tutur Black lagi.

Dalam perkembangan lain, Black yang popular dengan lagu ‘Teman Pengganti’ ketika ditemui di The Food Studio, Amarin Kiara ini juga turut berkongsi kepada GUA mengenai perkembangan terkini karier nyanyiannya.

“InsyaAllah saya akan melancarkan album kedua saya pada Oktober depan. Selain itu, bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan, saya, Tomok dan artis lain akan membuat persembahan pada malam ambang kemerdekaan menerusi 'Konsert Chow Kit Road' yang bakal berlangsung di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Baca : Penjelasan Aaron Aziz Isu Seluar Dalam

Sumber : gua.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Black Mentor Patah Pergelangan Kaki?"

Post a Comment