Ejen insurans cedera ditembak

Ejen insurans cedera ditembak | Seorang ejen insurans cedera ditembak dua das di kaki kanannya ketika berada di dalam keretanya di kawasan rumah kedai di No 2/13 Seksyen 2, Kajang, malam ini.
Ejen insurans cedera ditembak, info, terkini, berita, jenayah


Dalam kejadian 8 malam tadi, mangsa, lelaki tempatan berusia 30 tahun itu dikatakan sedang menunggu pelanggannya untuk urusan insurans.


Ketua Polis Kajang Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata dua suspek menaiki sebuah motosikal menghampiri mangsa dan melepaskan tembakan mengenai kaki kanannya.

Abdul Rashid berkata mangsa kemudiannya bertindak memandu kereta Honda Accord berwarna putihnya dalam keadaan berlumuran darah sejauh kira-kira 200 meter sebelum berhenti di hadapan sebuah kedai di kawasan itu.

"Mangsa menghubungi pihak polis di talian 999, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kajang. Keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata motif kejadian masih disiasat. - Bernama

0 Response to "Ejen insurans cedera ditembak"

Post a Comment