Setelah diberi kepercayaan oleh bos besar MIG, David Teo untuk menghasilkan skrip untuk filem "Lu, Gua Bro", Epy Kodiang yang digilap bakat dari program "Raja Lawak" ini sekali lagi diberi kepercayaan untuk menghasilkan skrip untuk filem terbaru terbitan Mangkin Prestij "Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa" (KAMDRS).
Baru-baru ini kami sempat menemubual Epy ketika majlis pratonton filem "Kawan AKu Mati Dalam Rumah Sewa" di Cathay Cineplex, ECurve bagi berkongsi mengenai filem terbaru lakonannya serta perkembangan terbarunya.
Assalamualaikum dan apa khabar Epy?
Waalaikumussalam, saya baik-baik sahaja.
Epy membintangi dalam filem KAMDRS, dan juga merupakan penulis skrip untuk filem ini. Bagaimana anda boleh mendapat idea untuk buat cerita ini?
Idea untuk menghasilkan filem ini adalah datang dari David Teo yang mahu saya menghasilkan skrip sebuah filem mengenai rumah sewa yang tidak melibatkan banyak lokasi kerana mahu mengurangkan bajet kos produksi. Jadi apa yang saya fikirkan apabila memikirkannya, saya menyelitkan unsur komedi-seram yang menceritakan masalah yang berlaku di rumah sewa tersebut serta karenah-karenah penyewa rumah itu sendiri.
Sebelum anda membuat skrip awal untuk filem ini, adakah anda membuat kajian atau rujukan dariapda filem-filem lain? Dan berapa lama anda mengambil masa untuk hasilkan skrip?
Untuk menghasilkan skrip untuk filem ini, saya telah mengambil inspirasi daripada filem-filem komedi-seram seperti "Scary Movie" dan beberapa filem komedi-seram dari Thailand sebagai rujukan saya. Dalam filem ini akan memaparkan pergelutan dalam situasi bila penonton tengok mereka akan terfikir 'apa aku nak buat kalau aku berada ketika itu'. Dalam pada itu, saya hanya mengambil masa selama dua bulan sahaja untuk menyiapkan skrip tersebut.
Berlakon sudah, menulis skrip pun sudah. Agak-agaknya bila anda akan mengarah filem anda sendiri pula?
Hahaha..saya belum lagi terfikir untuk mengarah filem kerana saya masih baru lagi dalam pembabitan dalam pembikinan filem. Banyak lagi yang saya perlu belajar selok-belok dalam pembikinan filem sebelum saya mula mengarah filem. Untuk mengarah filem ini bukanlah sesuatu yang mudah ini kerana penerbit bagi kita satu tanggunjawab besar dengan pelaburan bernilai jutaan ringgit. Ia satu pelaburan dan jika tidak mempunyai pengetahuan lebih baik jangan ambil risiko, ditambah dengan keadaan industri perfileman tempatan yang malap.
Anda dilihat selalu membintangi filem tetapi tidak dalam drama. Anda tidak mahukah berlakon dalam drama bersiri?
Saya sebenarnya ternanti-nanti juga tawaran untuk berlakon dalam drama tetapi masih belum ada lagi tawaran untuk berlakon drama, jadi buat masa sekarang ini saya buat apa sahaja tawaran yang saya terima.
Boleh anda kongsikan perkembangan terbaru anda?
Boleh, saya akan muncul dengan tiga buah filem iaitu "Gudang Kubur", "Kasutku Kusut" dan "Kaki Kitai" yang merupakan filem ketiga saya selaku penulis skrip.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual!
Sama-sama, dan jumpa lagi!
Baca : 'Baby Bump' Almy Nadia Sudah Jelas Kelihatan
Sumber : tupai.com.my
Sama-sama, dan jumpa lagi!
Baca : 'Baby Bump' Almy Nadia Sudah Jelas Kelihatan
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Epy Kodiang Bakal Jadi Pengarah Filem?"
Post a Comment