Walaupun bukan selebriti tapi Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki,30, dikenali satu negara gara-gara kes ‘stereng lock’.
Natijahnya, Kiki dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh mahkamah atas kesalahan melakukan khianat terhadap kereta milik Siak Hong, 68, pada 14 Julai lalu.
Antara pihak yang tampil Kiki ketika itu adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Negeri Selangor (PERKASA) yang melancarkan tabung mengumpul dana bagi membantu Kiki membayar denda ini.
Sebagai membalas budi, Kiki kini diumumkan sebagai ahli baru dengan diberikan kad serta sijil PERKASA di pejabatnya, semalam.
Penyertaan Kiki dikatakan atas inisiatifnya sendiri yang datang ke pejabat PERKASA Selangor untuk mendaftar.
Selain Kiki seorang lagi ahli baru yang diumumkan bersamanya di Facebook PERKASA adalah Mohd Syahidzuan Samsudin.
Baguslah, diharapkan dengan penyertaan Kiki bersama NGO ini maka semangat ‘perjuangan srikandinya’ dapat disalurkan kepada bangsa Melayu. - MYNEWSHUB.MY
Sebagai membalas budi, Kiki kini diumumkan sebagai ahli baru dengan diberikan kad serta sijil PERKASA di pejabatnya, semalam.
Selain Kiki seorang lagi ahli baru yang diumumkan bersamanya di Facebook PERKASA adalah Mohd Syahidzuan Samsudin.
Baguslah, diharapkan dengan penyertaan Kiki bersama NGO ini maka semangat ‘perjuangan srikandinya’ dapat disalurkan kepada bangsa Melayu. - MYNEWSHUB.MY
0 Response to "Gadis ‘Stereng Lock’ Kini Ahli PERKASA"
Post a Comment