Kecederaan Belakang Paksa Goh Dan Lim Tarik Diri Kejohanan Badminton Dunia

COPENHAGEN, (Denmark), 27 Ogos (Bernama) -- Kecederaan di bahagian belakang yang kembali menghantui Goh V Shem menyaksikan harapan Malaysia untuk mempunyai lebih ramai wakil pada pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 tidak kesampaian.

Kecederaan Belakang Paksa Goh Dan Lim Tarik Diri, info, terkini, berita sukan, badminton

Goh yang bergandingan dengan Lim Khim Wah kalah 11-21 pada set pertama kepada pilihan keenam dari Taiwan, Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Hsin sebelum menarik diri ketika ketinggalan 7-11 pada set kedua, pusingan kedua kejohanan di Ballerup Super Arena, pada Rabu.

"Sewaktu bermain, saya sudah mula rasa sakit di bahagian belakang...Saya cuba teruskan permainan (pada set kedua) namun tidak boleh kerana terlalu pedih.

"Jadi, saya putuskan lebih baik kami berundur daripada sakit itu bertambah teruk," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Goh berkata, kecederaan itu bermula sejak beliau beraksi pada Sukan Komanwel 2014 di Scotland, Julai lepas namun bertegas untuk menggalas cabaran negara pada kejohanan dunia kali ini.

-- BERNAMA
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Kecederaan Belakang Paksa Goh Dan Lim Tarik Diri Kejohanan Badminton Dunia"

Post a Comment