Kejutan Sambutan Birthday Shila Amzah Di Atas Pesawat

Kalau sudah dinamakan selebriti popular, maka di mana saja mereka berada, kehadirannya pasti disifatkan sangat bererti oleh sesetengah pihak.


Kejutan Sambutan Birthday Shila Amzah Di Atas Pesawat, info, terkini, hiburan, sensasi,


Hal yang sama telah dirasai oleh penyanyi tempatan bertaraf antarabangsa Shila Amzah, 24 apabila kakitangan penerbangan tambang murah, AirAsia dalam perjalanan ke Shanghai, China telah berbesar hati membuat kejutan bagi meraikan ulang tahun ke-24 di atas pesawat berkenaan.




Mereka telah sama-sama menyanyikan lagu selamat ulang tahun kepada penyanyi itu dan menyerahkan sebiji kek coklat sebagai simbolik bagi meraikan sambutan berkenaan.


Detik istimewa itu telah dikongsi Shila Amzah dengan peminat laman sosial Instagram miliknya menerusi rakaman video yang telah dirakamkan di dalam pesawat tambang murah berkenaan baru-baru ini.

Penyanyi berbintang Leo itu menerusi kenyataannya berhubung video itu menulis “Definitely the best birthday ever..Love yall! Xoxo.



Kerana video berkenaan, Shila Amzah telah menerima lebih 9,000 like dan tidak ketinggalan komen ucapan hari lahir kepada penyanyi popular berkenaan.

Baca : Isteri Aidil Zafuan Dikutuk Peminat?

Sumber : murai.com.my




0 Response to "Kejutan Sambutan Birthday Shila Amzah Di Atas Pesawat"

Post a Comment