perjalanan dari kuantan ke kampung Kok Lanas,Kelantan tidak ler begitu jauh,
hanya 4 jam perjalanan ke kampung shark dari kuantan.
perjalanan asal dari Kuantan ke Kelantan |
tahun ni shark beraya di kelantan, rumah atuk belah abah.
memang sepatutnya perjalanan dari kuantan ke kampung hanya 4-5 jam,
tapi tidak untuk tahun ini,
shark bertolak pada malam 26 Julai,ramadhan ke-28,
tujuan bertolak malam adalah untuk mengelak dari 'jem' dan juga cuaca panas,
tak tahan drive duduk dalam kereta nak tempuh 'jem' di siang hari di bulan puasa
boleh kurus puasa jugak kalau bertolak siang hari tengok gelagat pemandu kita.
macam-macam perangai ada.
memang tak sangka pula pada malam itu,
lebuhraya pantai timur sudah pun meriah dengan lampu,
menurut info jalan ini sudah pun sesak sejak petang lagi,
banyak kereta bergerak ke terengganu / kelantan tahun ini,
bermula dari kuantan sehingga ke Kemaman,
traffik memang bergerak terlalu perlahan,
1km/15minit agaknya.
Beraya dengan lampu merah di LPT |
boleh lihat juga di sepanjang perjalanan kuantan-terengganu,
banyak kereta-kereta parking di tepi jalan,
ada yang buka bonet kereta ,
ada yang berkelah,
ada yang duduk santai berehat,
ada yang tidur dalam kereta,
semuanya menunggu sehingga jalan lengang.
memang meriah suasana balik kampung tahun ni.
begitu 'happening'.
Alhamdulillah berjaya jugak sampai ke kampung pada esok harinya :)
daripada perjalanan biasa 4 jam pulang ke kampung,
tahun ni perjalanan balik kampung memakan masa 11 JAM...
tolak jam 10.30 malam sampai ke kampung jam 9 pagi,
satu rekod baru direkodkan untuk pulang ke kampung di Kelantan.
daripada 4 jam ke 11 jam perjalanan hanya dari Kuantan.
bila difikirkan balik,
itulah sebenar kemeriahan hari raya,
itulah nikmat sebenar pulang berhari raya,
kalau tiada jem tak terasa mood balik kampung ni,
Suasana di sekitar lebuhraya karak 26 Julai | sumber : rakan FB |
untuk raya akan datang,
rasanya terpaksa ambil jalan udara,
semestinya setiap tahun akan bertambah bilangan kereta,
orang kita memang mampu berkereta :)
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
0 Response to "Kenangan Beraya Dalam Kereta 11 jam "
Post a Comment