Lelaki Mengamuk Maut Ditembak Di Sabah

Lelaki Mengamuk Maut Ditembak Di Sabah | Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mati ditembak selepas mengamuk sehingga seorang anggota polis cedera ditetak lelaki berkenaan dalam kejadian di Kampung Andrassy, di sini, hari ini.


Lelaki Mengamuk Maut Ditembak Di Sabah, info, terkini, berita,

Dalam kejadian jam 11.10 pagi itu, suspek berusia 30-an dipercayai mati di lokasi kejadian selepas terkena tembakan.

Sebelum itu, suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk sehingga menyebabkan pekerja di ladang sawit berhampiran kampung itu menghubungi polis.

Sepasukan polis yang tiba di lokasi cuba menenangkan keadaan sebelum suspek menyerang mereka dan melibas seorang anggota menggunakan sabit sehingga cedera di lengan kanan.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Besar Tawau dan dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. – myMetro Online

 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Lelaki Mengamuk Maut Ditembak Di Sabah"

Post a Comment