Miera Liyana Dikatakan 'Demand'?

Kemenangan Miera Leyana, 21, dalam Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Pecah membuktikan kehadirannya dalam bidang lakonan bukan hanya pencetus kontroversi semata-mata, sebaliknya dia serius memperdagangkan bakat seninya.


Miera Liyana Dikatakan 'Demand'?, info, terkini, gosip, miera liyana,, hiburan


Namun kejutan yang tidak dijangka itu tidak pula membuatkan dia mula mendabik dada malah dia amat bersyukur dengan kemenangan itu, sekali gus menepis tanggapan yang dia pelakon murahan mengharapkan gosip panas bagi mengekalkan kedudukannya dalam arena seni.




Dalam diam dia turut memacu impian menjadi seorang pelakon yang berkemampuan menzahirkan apa saja watak diberikan kepadanya.

Mula serius berlakon pada usia 17 tahun dengan memegang peranan kecil menerusi filem Apokalips X arahan Mamat Khalid, pengalaman pantas mendewasakannya.


Dia puas dengan kemenangannya dalam ASK itu kerana ia menambah keyakinan produser dan pengarah terhadap bakat lakonannya.



“Selepas kemenangan itu saya bersikap agak selektif. Setiap tawaran yang tiba, saya akan melihat skrip, jalan cerita, watak yang diberikan kepada saya, siapa pengarahnya dan barisan pelakon lain.


Sumber : hmetro.com.my

0 Response to "Miera Liyana Dikatakan 'Demand'?"

Post a Comment