Nabila Huda Buka Mulut Isu Bakal Kahwin

Ramai nampaknya yang mungkin tidak sabar dengan dengan tayangan biopik ‘Saloma’ lakonan Nabila Huda di Astro First tidak lama lagi. Sejajar dengan promosi biopik ini, kontroversi tentang dirinya mungkin bakal berkahwin menjadi persoalan buat para peminat dan media. Ada yang mengatakan perkara ini sudah dibincangkan dengan bapanya, Amy Search.

Nabila Huda Buka Mulut Isu Bakal Kahwin, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hangat,


Namun, beliau dengan tenang menjelaskan bahawa beliau tidak akan bercerita kisah peribadinya buat masa ini. Meminta maaf terlebih dahulu, apabila diajukan soalan begini, Nabila lebih selesa menjawab soalan lain yang tiada kena-mengena dengan hidupnya.




Bagaimanapun, mengulas perasaan Nabila Huda terhadap dirinya yang dipertanggungjawabkan memegang watak Saloma, beliay yang pada mulanya tidak percaya akan kemampuan dirinya untuk membawakan watak sebagai ‘Saloma‘ kini tersenyum puas hati apabila filem ini sudah pun siap dan bakal ditayangkan.

Nabila Huda Buka Mulut Isu Bakal Kahwin, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, hangat,

“Alhamdulillah saya mula-mula tak percaya apabila ditawarkan watak ini, kerana bukan senang untuk seseorang itu menjiwai watak seorang ikon yang telah meninggal dunia dan bukan berada dalam situasi pada tahun 50an sehingga ke era 80an”

“Saya bersyukur sepanjang proses penggambaran ini banyak yang membantu saya dari segi gerak tari, lagu-lagu dan sebagainya,“ ujarnya ringkas.

Tentu menarikkan? Kita nantikan ‘Saloma‘ yang bakal menemui penonton di Malaysia dari Khamis 28 Ogos 2014 di Astro First, menerusi Astro Eksklusif.


Baca : Gambar Kereta Mewah Milik Shila Amzah

Sumber : myartis.my/

0 Response to "Nabila Huda Buka Mulut Isu Bakal Kahwin"

Post a Comment