Pelakon Baru Aishah Berlagak 'Diva'?

Aishah Ilias Nafi Berlagak ‘Diva’ Di Lokasi Penggambaran | Pelakon muda, Aishah Ilias 26, terkejut dan tidak percaya apabila ada segelintir pihak menuduh dirinya berlagak diva di lokasi penggambaran dan tidak beramah mesra dengan pelakon mahupun krew produksi.


Pelakon Baru Aishah Berlagak 'Diva'?, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi pelakon baru, sensasi


“Saya pun terkejut, kenapa isu ini timbul, yang pasti saya bukan seperti itu, kalau saya tiba-tiba tidak menegur sesiapa di lokasi penggambaran kemungkinan saya penat atau letih. Jadual lakonan saya kadang-kala agak padat, di waktu rehat saya akan ‘power nap’ untuk rehatkan diri,” katanya kepada Murai di Majlis Pelancaran Telemovie Ibadah Cinta di ibu negara.




Menurutnya lagi, sudah menjadi lumrah sebagai pelakon baru untuk pelbagai kontroversi akan tercetus namun Aishah akan menghadapinya dengan berhati-hati sehingga tidak menggangu kerjayanya sebagai pelakon.

“Bagi Aishah, saya tak akan lari sekiranya berlakunya kontroversi, saya akan cuba menghadapinya, isu-isu panas kita jangan cepat mudah melatah, sebagai anak seni itu lah lumrah yang perlu diharungi umpama cubitan yang sakitnya rasa sekejap,” katanya.

Aishah sebelum ini pernah membintangi beberapa drama terbitan RTM selain drama popular TV3 seperti Mak Nak Madu dan Love You Mr Arrogant serta filem Paku Pontianak.

Untuk telenovela Ibadah Cinta, dia digandingkan bersama Fattah Amin yang akan disiarkan di Astro Prima bermula pada 8 September depan, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 5 petang.

Baca : Kereta Myvi Tauke Jambu Kini Ditemui

Sumber : murai.com.my

0 Response to "Pelakon Baru Aishah Berlagak 'Diva'?"

Post a Comment