Pelakon dan penerbit filem baru, Diana Johor berkata, dia tidak mengetahui mengenai dirinya bakal disaman oleh kru produksi yang terlibat dalam penggambaran filem "Rentap" kerana gagal membayar gaji.
"Saya tidak tahu pula soal saman itu, saya belum dengar. Saya harap smeua faham keadaan saya, ada sebab mengapa saya berbuat demikian.
"Saya harap semua akan faham. Janji saya penggambaran filem ini akan disambung. Bila? Saya sendiri belum tahu memandangkan beberapa masalah dalaman perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya kepada Utusan Malaysia.
Tambah Diana lagi, dia bukannya sengaja menangguhkan penggambaran filem pertama terbitannya itu sebaliknya ada sedikit masalah.
Terdahulu, telah timbul certia bahawa Diana bakal disaman oleh kru produksinya apabila didakwa gagal menjaga kebajikan kru yang terlibat dan juga gagal membayar wang gaji mereka.
Sumber : tupai.com.my/
0 Response to "Pelakon Dan Penerbit Muda Diana Johor bakal disaman?"
Post a Comment