Kurang dari dua bulan, pengacara Raffi Ahmad, 27, bakal menamatkan zaman bujangnya untuk menjadi suami kepada penyanyi Nagita Slavina, 26.
Memilih tarikh 17 Oktober sebagai tarikh bersejarah menyatukan mereka, Raffi juga dijangka mengadakan majlis perkahwinannya secara besar-besaran.
Memilih empat ibu kota iaitu Jakarta, Bandung, Bali dan Jogjakarta sebagai lokasi majlis resepi mereka, Raffi juga berhasrat agar hari bahagianya itu dikongsi bersama-sama semua orang.
Belum ada kata putus tentang perincian majlis perkahwinan saya ini. Nanti-nantilah," katanya yang mahu agar majlis perkahwinan dengan Nagita itu mengangkat budaya masyarakat Jawa dan Sunda.
Lebih senang menutup mulut daripada terlalu terbuka bercerita tentang hari bersejarahnya kata Raffi, dia bertindak sebegitu kerana bimbang perancangan yang dibuat tidak menjadi.
Sementelah fobia apabila kisah cintanya dengan kakak Krisdayanti, Yuni Shara gagal di tengah jalan kata Raffi lagi, perkara yang sama dibimbangi terjadi terhadap Nigita.
Malah pada majlis sambutan Hari Raya yang diadakan minggu lalu, Raffi langsung tidak menjemput pihak media. Hanya keluarga dan rakan artis terdekat sahaja yang hadir.
Biarpun ada mendakwa majlis itu merupakan majlis pertunangan mereka lantaran terlepas sekeping gambar yang menunjukkan dia melutut sambil memegang tangan Nigita seolah-olah sedang melamar gadis itu, Raffi bagaimanapun menafikan perkara tersebut.
Majlis itu bukan majlis merisik atau pertunangan, sekadar majlis pertemuan antara dua keluarga bersempena Lebaran.
Tentang gambar saya melutut di hadapan Nigita, itu hanya gurauan semata-mata," katanya berhubung tindakan yang mencetuskan tanda tanya itu.
Mengulas tentang masa depannya dengan Nigita, Raffi dia berharap agar percintaan dengan wanita itu berakhir dengan kebahagiaan.
Mengakui letih setiap kali ingin memulakan perhubungan dengan wanita baharu kata Raffi lagi, dia juga mahu mempersiapkan diri dengan peranannya sebagai ketua keluarga nanti.
Berdoa sajalah agar perkahwinan kami nanti berjalan lancar," katanya penuh harapan.
Artikel Penuh: utusan.com.my
0 Response to "Pengacara Raffi Ahmad Kahwin 17 Oktober ini"
Post a Comment