Penjelasan Sebenar Kejadian Pasangan Pengantin Separuh B0gel Di Ipoh

Penjelasan Sebenar Kejadian Pasangan Pengantin Separuh B0gel Di Ipoh | Gambar separuh bogel pasangan pengantin yang dikatakan bergambar di hadapan sebuah bank Jalan Sultan Yussuf kini mula tersebar dan menjadi tarikan di laman sosial.


Penjelasan Sebenar Kejadian Pasangan Pengantin Separuh B0gel Di Ipoh, info, terkini, berita, hangat, isu semasa, sensasi


Gambar tersebut menunjukkan pengantin wanita itu hanya memakai pakaian dalam dan vel pengantin, manakala pasangan lelaki tidak berbaju dan  hanya memakai 'bow tie' serta seluar panjang bewarna hitam.

Tidak dijelaskan bila penggambaran itu dibuat, namun gambar tersebut berada di laman sosial sejak Isnin.

Pasangan pengantin itu kelihatan tidak segan walaupun ada pengguna jalan itu mengambil gambar mereka.

Bagaimana pun, pengurus besar galeri perkahwinan yang hanya mahu dikenali sebagai Koo berkata, pasangan tersebut merupakan model dan hanya menjalankan penggambaran, bukan untuk berkahwin.

Koo yang menguruskan penggambaran itu berkata, jurugambar biasanya lebih 'kreatif' dan amat terkejut dengan maklum balas di laman sosial.

Katanya, dia sudah mengambil kira dari segi aspek undang-undang dan yakin ia bukan satu kesalahan.

"Orang ramai terlalu 'berlebih-lebih' kerana mereka tidak pernah melihat wanita yang memakai bikini berjalan di tengah jalan sebelum ini.

"Mereka ada hak untuk mengadu," jelas Koo sambil memberitahu sudah menjadi jurugambar profesional lebih 20 tahun.

"Saya memilih lokasi ini kerana amat bersesuaian dengan tema dan konsep," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak,  Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihak belum menerima sebarang laporan, namun akan menyiasat perkara tersebut. -Mstar

 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Penjelasan Sebenar Kejadian Pasangan Pengantin Separuh B0gel Di Ipoh"

Post a Comment