Artis mahu kahwin di angkasa lepas | Penyanyi dengan imej pelik, Lady Gaga dilaporkan sedang merancang untuk mengahwini teman lelakinya, aktor Taylor Kinney di angkasa lepas.
Menurut laporan Daily Star, Gaga dan Kinney dikatakan bakal berkahwin ketika persembahannya untuk penerbangan Virgin Galactic pada tahun 2015.
"Gaga dan Taylor mahu membuat ikrar untuk seumur hidup dan merasakan penerbangan angkasa lepas adalah satu peluang yang tidak harus disia-siakan. Ia sememangnya cara Gaga untuk mengadakan perkahwinan bukan konvesional
"Walaubagaimanapun ia akan menjadi perkahwinan secara simulasi kerana ketiadaan paderi pada hari tersebut. Namun mereka tidak kisah kerana apa yang penting adalah ikrar mereka," ujar satu sumber.
Pelantun lagu "Paparazzi" ini bakal menjadi penyanyi pertama yang akan mengadakan persembahan di orbit menerusi program Virgin Galactic.
Selebriti seperti Ashton Kutcher, Justin Bieber dan Leonardo DiCaprio dikatakan telah membayar sebanyak £161,290 (RM848,370) bagi mendapat tempat untuk program tersebut.
Gaga dan Kinney telah menjalin hubungan cinta sejak tahun 2011.
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Penyanyi Popular mahu kahwin di angkasa lepas"
Post a Comment