Balotelli Pilih Jersi 45 Liverpool, Dedah Sebab | Mario Balotelli sekali lagi memilih untuk menyarung jersi nombor 45 kerana angka itu dikatakan membawa tuah bagi dirinya.
Pemain berusia 24 tahun itu berhijrah dari AC Milan ke Liverpool menerusi perpindahan sensasi bernilai £16 juta pada Isnin untuk menjadi pemain kesembilan dibeli oleh Brendan Rodgers.
Ditanya kepada Balotelli kenapa milih jersi nombor 45, dia memberitahu, kerana angka itu berada dibadannya ketika mewakili Inter Milan, Manchester City dan AC Milan.
Ditanya kepada Balotelli kenapa milih jersi nombor 45, dia memberitahu, kerana angka itu berada dibadannya ketika mewakili Inter Milan, Manchester City dan AC Milan.
Jersi nombor 45 Balotelli ketika beraksi untuk Inter Milan. |
"Ketika mula bermain untuk Inter Milan pada usia muda, saya diberikan jersi nombor 45 kerana pemain muda hanya dibenarkan menyarung jersi bermula nombor 36 hingga 50.
Jersi nombor 45 Balotelli ketika beraksi untuk Manchester City. |
"Saya ambil angka 45 kerana sering berjenaka dengan berkata jika empat ditambah lima ia bererti sembilan - jersi penyerang yang akan menjaringkan gol.
"Nombor itu memberikan saya tuah sebab itu saya selalu mahukannya," ujarnya.
Jersi nombor 45 Balotelli ketika beraksi untuk AC Milan. |
Sumber : mstar.com.my
0 Response to "Punca Balotelli Pilih Jersi 45 Liverpool"
Post a Comment