Sejak dua menjak ini, makin kerap pula kontroversi yang melanda isteri pelakon dan pelawak terkenal ini. Iyalah, dah namanya pun selebriti kan?
Korang ingat lagi tak desas-desus kononnya Ozlyn membuka aib suaminya, Johan? Hah, sekarang timbul pula kisah Ozlyn bengang dengan segelintir pengikut Instagram miliknya.
Ceritanya begini, semalam Ozlyn telah memuat naik sekeping foto anak-anaknya sedang sembahyang bersama. Sejuk je mata kami memandang. Namun, tiba-tiba foto tersebut dijadikan medan perdebatan. Nak tahu kenapa?
Haa, rupa-rupanya peminat tersebut telah menegur cara anaknya yang berusia 4 tahun bersujud dengan betul supaya solatnya sah.
Dek kerana itu, Ozlyn telah membalas teguran tersebut dan memberitahu bahawa anak kecilnya itu kini sedang dalam proses pembelajaran dan tak perlulah perkara kecil sebegini dijadikan isu.
Hmm, tapi apa yang kelakarnya, ada saja peminat yang seolah-olah ingin mengeruhkan lagi keadaan dengan menegur perkara yang tiada kena mengena dengan gambar tersebut.
Ada yang suruh Ozlyn memakai tudunglah, ada yang menegur Ozlyn berpakaian ketat ketika hamil, eh, macam-macamlah. Lalu, Apa lagi, terjadilah perang komen di Instagram Ozlyn.
Boleh tahan padu juga jawapan Ozlyn kepada pengikut Instagramnya itu. Sekali baca memang pedas. Namun, nampaknya Ozlyn wat lek wat peace je dengan komen sebegitu. Siap mendoakan yang baik-baik lagi untuk peminatnya.
Tak apalah Ozlyn, anggap je teguran itu sebagai ujian dan cabaran menjadi anak seni. Cewah! Apapun, kami harap Ozlyn ceria selalu bersama suami dan anak-anak tercinta.
Gambar lain Johan dan Isteri :
Sumber : ohbulan.com
0 Response to "Punca Isteri Johan Mengamuk Dalam Instagram"
Post a Comment