Dramatis popular, Rita Rudaini memberitahu bahawa dia belum terfikir lagi atau terlintas di hatinya untuk mencari pengganti sebagai teman hidupnya buat masa sekarang ini.
"Saya senang dengan kehidupan dan tidak pernah rasa sunyi kerana memiliki dua orang anak yang sentiasa menceriakan hidup saya. Kini, tumpuan saya lebih terarah kepada membesarkan anak-anak.
"Paling utama saya mahu tumpu kepada pendidikan mereka dan mencari sekolah yang terbaik. Seboleh-bolehnya, saya bercadang menghantar mereka di sekolah agama nanti," katanya yang dipetik dari Kosmo!
Walaupun masih belum memikirkan soal jodoh, Rita, 37, berkata, ia tidak bermakna dirinya fobia atau serik berkahwin lagi.
"Ia tidak bermakna saya fobia atau serik berkahwin lagi, tetapi saya rasa hidup seorang lagi bagus. Kalau ditakdirkan saya bertemu jodoh, biarlah lelaki tersebut menyayangi kedua-dua anak saya itu."
Dalam perkembangan lain, Rita berkata, dia kini sibuk dengan kerjaya lakonannya serta perniagaanya produk minuman kopi yang menggunakan jenama Luv My Coffee by Rita Rudaini dan produk penjagaan kulit Rudaini Beaute.
"Kedua-dua perniagaan tersebut sudah mula dijalankan sejak dua bulan lalu dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Setakat ini, saya lebih tumpu kepada promosi secara dalam talian.
"Tidak dinafikan jadual saya agak padat sekarang, tetapi saya masih lagi aktif berlakon. Apabila perniagaan ini semakin berkembang, barulah saya akan kurangkan aktiviti lakonan."
Baca : Nora Danish Kutuk Hotel Legoland
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Rita Rudaini Temui Jodoh?"
Post a Comment