Sebab Telefon Bimbit, Lelaki Diseret Teman Wanita

Sebab Telefon Bimbit, Lelaki Diseret Teman Wanita | Keadaan di sebuah stesen keretapi bawah tanah menjadi kecoh apabila seorang wanita yang bosan dengan teman lelakinya yang leka melayan telefon bimbitnya, telah mengheret lelaki berkenaan keluar dari komuter dalam usaha merampas telefon tersebut.


Sebab Telefon Bimbit, Lelaki Diseret Teman Wanita, info, terkini, sensasi, berita,

Kejadian itu pada awalnya berlaku di dalam komuter selepas wanita tersebut mula marah dan kecewa kerana tidak dipedulikan oleh teman lelakinya yang leka melayari telefonnya.

Dia kemudiannya menarik lelaki itu keluar dari komuter di stesen di Beijing.

Meskipun ditarik dan diseret, mata lelaki itu tetap terpaku pada iPhonenya, hinggakan pada satu saat, wanita itu menggunakan kaki untuk menolak lelaki itu dan merampas telefon terbabit yang terlekat umpama gam di tangan teman lelakinya.


Sebab Telefon Bimbit, Lelaki Diseret Teman Wanita, info, terkini, sensasi, berita,

Ada yang menyifatkan ia adalah lakonan semata-mata daripada syarikat telefon bimbit namun seorang saksi berkata ia merupakan kejadian sebenar.

“Ia amat mengejutkan malah saya melihat seorang kanak-kanak menangis ketika pasangan itu sedang bertengkar.


Sebab Telefon Bimbit, Lelaki Diseret Teman Wanita, info, terkini, sensasi, berita,

“Wanita itu cuba merampas telefon terbabit dan apabila gagal, dia mengheret lelaki itu keluar. Dia juga menjerit-jerit meminta lelaki itu melepaskan telefonnya,’’ katanya.


Sumber : mynewshub.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Sebab Telefon Bimbit, Lelaki Diseret Teman Wanita"

Post a Comment