Ummi Nazeera Enggan Bertemu Media?

Ummi Nazeera Enggan Bertemu Media? | Makin seronok bila melihat selebriti wanita tempatan sudah ramai yang berhijab. Dan yang paling manis kami lihat adalah pelakon yang sedang meningkat naik, Ummi Nazeera. Penghijrahannya ketika sedang belajar di Australia benar-benar mengejutkan orang ramai namun semua gembira dengan perubahan positifnya ini.


Ummi Nazeera Enggan Bertemu Media?, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,


Sememangnya gadis ini kelihatan berseri-seri apabila berhijab. Mengakui pernah mengelak untuk bertemu media buat seketika, Ummi ketika ditemubual semalam dilihat lebih terbuka untuk berkongsi kisah penghijrahannya kepada umum.

Ummi Nazeera Akui Elak Bertemu Media, Kini Kongsi Kisah Penghijrahan

Mari kita baca cerita Ummi yang akhirnya terbuka untuk berkongsi kisah penghijrahannya,

“Ia berlaku tahun lepas semasa saya di Melbourne. Masa tu saya ada sedikit salah faham dengan ahli keluarga dan kawan-kawan rapat yang saya tak bolehlah nak kongsikan di sini. Walaupun pada masa itu saya dapat kebebasan yang saya inginkan, tapi saya rasa sangat kosong dan saya sedar bahawa hanya Allah SWT yang sentiasa ada dengan saya.

Jadi, saya mula sedikit demi sedikit untuk solat cukup 5 waktu dan saya doa kepada Allah SWT agar beri petunjuk kepada saya. Masa tu saya tak boleh baca Al-Quran, masa kecil saya dah belajar dah membaca Al-Quran, tetapi saya sudah lupa. Jadi, ada orang  ajar saya baca Al-Quran. Dan, masa tu saya rasa Islam itu sangat indah.”


Ummi Nazeera Enggan Bertemu Media?, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,


“Terlalu banyak sangat dugaan sampai saya rasa nak terduduk. Malah, salah satu sebab saya tak mahu berubah masa itu ialah sebab saya takut ia akan mengehadkan karakter saya.”

“Semasa saya dalam proses penghijrahan, ada dua tawaran yang betul-betul menguji iman saya. Kemudian saya sedar itu hanyalah dunia semata-mata dan saya bersyukur kerana tolak tawaran itu.”

 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Ummi Nazeera Enggan Bertemu Media?"

Post a Comment