Bak kata pepatah “ikut resmi padi, semakin berisi, semakin menunduk”. Namun lain pula kisahnya mengenai pasangan sweet, Johan dan Ozlyn yang didakwa semakin berlagak bila dah glamour? Eh.. iyeke ni?
Sebenarnya gosip ni pun kami dapat menerusi laman Instagram mereka apabila sekeping foto gabungan screenshot komen ‘peminat’ telah dimuat naik semalam.
Ha..peminat ke haters ni? Daripada gaya bahasa, lebih menjurus kepada haters kan? Siap tuduh Johan tu tak sedar diri dan asal usul pulak tu. Paaaanaaasss!
Walaupun tidak meletakkan apa-apa caption untuk foto tersebut, ramai peminat Johan dilihat menyelar kenyataan yang dilakukan oleh individu tersebut.
Malah, ada juga yang memberitahu bahawa mereka pernah bersemuka dengan pelawak terkemuka itu dan ternyata menerima layanan yang baik.
Hurm.. apa boleh buat, adatlah bergelar selebriti kan? Ada yang suka dan tak kurang juga yang membenci. Jadi, kenalah banyak-banyak bersabar kan?
Baca : Fiffy Natasya Nikah 14 Hari Lagi
Sumber : ohbulan.com
0 Response to "Ada Lagi Yang Tak Puas Hati Dengan Johan & Ozlyn"
Post a Comment