Ramai yang cukup gembira apabila penyanyi kesayangan mereka iaitu Ratu Rock negara mendirikan rumahtangga dengan MR Pilot yang bernama Azhar Ghazali pada Julai 2012.
Sedar tak sedar jugak, dah masuk 2 tahun dan Ella dengan Azhar membina mahligai cinta mereka. Dan, dari apa yang Murai Batu dapat tahu, perasaan mereka masih sama, masih tetap utuh.
Alhamdulillah... terus doakan agar mereka akan terus kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Soal anak tu, tak mahu sentuh okay.
Bukan apa, anak itukan rezeki pemberian Allah Taala. Dapat atau tidak, itu bergantunglah pada rezeki mereka. Yang penting mereka harus saling sayang-menyayang serta cintai-mencintai di antara satu sama lain.
Terlanjur bercakap pasal Ella, ramai juga yang tertanya-tanya bila lagi kakak yang merangkap pengurusnya iaitu Jojie mahu menamatkan zaman singlenya.
Ella pun dah punya pasangan hidup. Rasanya, Jojie pun dah boleh fikirkan pasal teman hidupnya pulak.
Khabarnya Jojie memang sedang rapat dengan seorang jejaka. Boleh tahan handsome jugak orangnya. Namun, tak pasti pulak namanya.
Cuma apa yang boleh katakan, mereka dah lama kenal jugak dan mereka juga pernah jayakan event yang sama dan adakalanya jejaka ini dilihat bersama dengan Jojie dalam acara-acara tertentu.
Baca : Ketua Kongsi Gelap Jatuh Cinta Dengan Priety Zinta?
Sumber : murai.com.my
0 Response to "Adakah Si Dia Ini Yang Sedang Intim Dengan Jojie? "
Post a Comment