Eva Mendes selamat lahirkan puteri sulung

Pasangan pelakon Hollywood, Eva Mendes dan Ryan Gosling telah menyambut kelahiran puteri sulung mereka pada 12 September lalu.


Eva Mendes selamat lahirkan puteri sulung, info, terkini, hiburan antarabangsa, eva mendes, ryan gosling, hollywood, sensasi


Dipetik daripada laporan Us Weekly, beberapa sumber turut mengesahkan berita gembira ini walaupun tiada maklumat lanjut mengenai cahaya mata mereka itu.

Khabar angin mengenai kehamilan Mendes mula diperkata selepas dia enggan melalui pemeriksaan X-ray di lapangan terbang. Namun aktres "Urban Legends" ini menafikan dakwaan tersebut ketika tampil dalam program bual bicara "The Ellen DeGeneres Show" pada Februari lalu.

Bagaimanapun Mendes, 40, dan Gosling, 33, disahkan bakal menimang cahaya mata bersama pada Julai lalu dan aktres itu dikatakan sedang hamil tujuh bulan.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2011 selepas membintangi filem "The Place Beyond The Pines".

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Eva Mendes selamat lahirkan puteri sulung"

Post a Comment