Fouziah Gous kurang terima tawaran berlakon?

Aktres jelita Fouziah Gous mengakui dirinya kini kurang menerima tawaran berlakon disebabkan beberapa faktor dan lebih selesa menumpukan masanya bersama suami dalam menguruskan perniagaan.


Fouziah Gous kurang terima tawaran berlakon?, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,

Pelakon cantik berusia 32 tahun ini menjelaskan statusnya sebagai isteri kepada Zhafran Yusof antara punca utama kenapa dia meletakkan beberapa syarat sebelum menerima tawaran berlakon.

"Antara syaratnya saya tidak menerima tawaran yang jadual penggambarannya panjang, melibatkan lokasi di luar Kuala Lumpur dan saya tidak boleh pulang lewat.

 "Jika mereka (produksi) rasa tidak boleh ikut, saya tidak paksa mereka kerana saya tidak mahu menyusahkan mereka seandainya saya menerima tawaran kelak," ujarnya seperti yang dipetik dari Sinar Harian.Hampir setahun usia perkahwinan mereka, pasangan ini redha walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata.


Fouziah Gous kurang terima tawaran berlakon?, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,

Menjelang 21 September kelak genaplah usia perkahwinan Fouziah bersama suaminya dan pasangan ini masih lagi menanti cahaya mata mereka pertama dan tidak tertekan walaupun sering ditanya mengenai perkara ini.

"Saya berserah pada rezeki. Perkara seperti anak bukan kita yang rancang dan tentukan. Walaupun Allah belum kurniakan saya anak, Dia bagi rezeki dalam banyak cara yang lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fouziah kini sibuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan kesihatan berasaskan sarang burung walit jenama FG Walet bersama suaminya.

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Fouziah Gous kurang terima tawaran berlakon?"

Post a Comment