Seperti biasa lah. Kalau hari Isnin je mesti ada Monday Blues. So, dok tengah layan mood untuk bekerja semula di minggu yang baru, tiba-tiba ada sumber memberitahu bahawa ada cerita ‘panas’ di Instagram Hanez Suraya awal pagi tadi.
Errm.. Kalau sebut je nama Hanez Suraya memang tiada yang tak panas. Yelah, dek kerana kontoversinya bercinta dengan suami orang, sampai kini impaknya masih terasa.
Berbalik pada cerita asal. Maka, kami pun menjengahlah ke Instagram si cantik ni. Ha.. memang ada sekeping foto mengandungi luahan perasaaan yang boleh dikatakan agak ‘panas’. Katanya, ada orang cuba memalukan dan menganiaya dia! Amboi, siapa yang busuk hati sangat tu?
Nah, amik setepek ikhlas daripada Hanez gitu. Tapi, kami pun tak tahu lah siapakah individu yang dimaksudkan itu. Adakah terdiri daripada kenalan, peminat ataupun haters? Persoalan itu hanya boleh dijawab oleh Hanez sahaja.
Bagaimanapun, peminat tegar Hanez nampaknya masih setia berada sebagai tulang belakangnya apabila dilihat tidak putus-putus memberikan kata semangat dan nasihat buatnya.
Takpelah Hanez. Percaya je pada takdir. Kalau orang tu buat jahat dekat kita, pasti suatu hari akan terima balasan kan? Stay calm and go holiday! Eh.
Sumber : ohbulan.com
0 Response to "Hanez Suraya Teruk Dikutuk & Dimalukan Pembuli Siber"
Post a Comment